29 February 2012

29 Februari 2012

Assalamualaikum! Aku kembali menjenguk blog yang semakin sepi nie.. Memang sangat-sangat sepi sejak kebelakangan ini! Maaf yea.. Sekarang, mood aku nak berblog dah tak macam dulu.. Semakin hari semakin hilang minat itu.. Entah kenapa.. Maybe sebab takde benda yang menarik untuk dikongsi kot.. Tambah-tambah lagi dengan kesibukan diri ini.. Memang tak punya kesempatan langsung laa.. Harap anda mengerti.. :)

Hmm, 29 Februari - tarikh yang special kan?? 4 tahun sekali je muncul tarikh nie.. So, sesape yang lahir tarikh ni memang 4 tahun sekali la boleh sambut birthday.. yea dak?? hihi..

Takde apa pun nak diceritakan hari nie.. Just nak jenguk2 teratak sepi nie je sambil-sambil mengambil kesempatan mencoret entry pada tarikh nie.. Insyaallah, kalau panjang umur, 4 tahun lagi kita bertemu lagi yea pada tarikh ni.. hehe..

#Kbai!

15 February 2012

Wordless Wednesday #2

Semalam - 14 Februari 2012


Mood : http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com



Mood : http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com

10 February 2012

Vanilla Coklat

Seriously, aku sebenarnya malas nak ajar diri aku layan mana-mana drama kat tv yang bersiri-siri ni.. Tak kira la citer melayu ke, indon ke, english ke, memang malas nak layan sebab nanti kalau dah terlayan susah pulak nak tinggal kan.. Macam kes ni Gara-Gara Benci Bilang Cinta Blogku Terabai

Tapi tu la, bila dah terlayan nak buat macam mana kan?? Dan tu lah yang terjadi bila aku terlayan drama Slot Lestary TV3 : Vanilla Coklat.. Aku pun tak tau kenapa la aku suka sangat layan citer nie... Hari-hari yang berlalu rasa macam nak cepat-cepat hari selasa sebab tak sabar nak tengok citer nie.. Dah la tiap-tiap hari dok ulang tengok episod-episod sebelum ni kat Youtube.. Susah kan kalau dah addicted macam nie?? Hmmm...

Apa boleh buat... Layankan je la, yea :)

05 February 2012

Salam Maulidur Rasul

Ya Rasulullah

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu

Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya Tuhan saja yang tahu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu

Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X ) 

Kutahu cintamu kepada umat
Ummati Ummati
kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
 Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu 

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu


Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim 


02 February 2012

Izinkan aku kembali..

Assalamualaikum buat rakan-rakan bloggerku sekalian.. Seikhlas hati aku lafazkan, terima kasih kerana masih sudi  mengunjungi teratakku yang telah sekian lama sepi ini.. Terima kasih kerana masih tidak melupakan medan yang kujadikan tempat untuk meluahkan rasa.. Tapak untuk diri ini melakar tinta menitipkan bicara..  Lantas membiarkan “hati meluahkan isinya yang tersurat dan tersirat” seadanya..

Kini, aku akan kembali mewarnai dunia maya.. Yea, kembaliku dengan semangat dan keazaman baru! Yang pastinya matlamat ku hanya satu! Agar mereka mendapat sesuatu dari penulisanku.. Kerana aku sedar, setiap isi tulisanku adalah TANGGUNGJAWABKU! Dan aku akan dipertanggungjawabkan atas setiap apa yang aku tulis di akhirat kelak ! Sesungguhnya Ya Allah, aku tidak mahu tulisanku menjadi jalan membawa ku ke Neraka! Biarlah setiap tulisanku menjadi penyambung titianku ke Syurga.. Yang sentiasa diimpi-impikan oleh kaum manusia.. Insyaallah..

Apapun, semoga dipermudahkan semuanya.. Dan aku kini sedang berusaha membuang entri-entri lama yang bagi aku tidak perlu dipaparkan.. Insyaallah, akan dibereskan dalam masa terdekat ini.. :) Akhir kata, sebagai peringatan kepada kita semua terutama rakan-rakan blogger, tulislah sesuatu tulisan yang baik.. yang tidak mengaibkan sesiapa.. dan yang memberi khalayak pembaca ilmu yang berguna  serta pahala membacanya.. Insyallah, tulisan kita akan diredhaiNya.. Ingatlah, AMALAN KITA DI DUNIA INILAH YANG AKAN MENENTUKAN NASIB KITA DI AKHIRAT KELAK..

Semoga bermanfaat!  
  

Related Posts with Thumbnails