23 November 2011

Ku bersyukur kepadaMU..

Tidak ada apa yang mahu ku coretkan.. Mungkin lirik lagu "Syukur" (Kau Yang Satu) dendangan Kumpulan One Nation Emceess ini mampu menceritakan segalanya betapa aku, seorang hamba yang kerdil lagi hina di atas muka bumi milikNya ini sangat-sangat bersyukur di atas nikmat kurniaan dariNya yang melimpah dan tidak berbelah bagi buat diri ini mengharungi kehidupan duniawi yang sementara ini... 

Ku bersyukur kepadaMu
Hanya Dikau yang satu
Memberiku cahaya hidupku
Maha Esa
Gelap tanpa kasihMu
Perjalananku buntu
Ampuni segala dosa-dosaku

Aku terpaku melihat kebesaranMu
Aku bersyukur segala rezeki untukku
Dan juga bila Kau dalam fikiranku
Aku tunduk membisu
Terus sujud padaMu
Mari kita renungi segala apa terjadi
Mana perginya cinta
Mana hilangnya setia
Aku akan terus cekalkan hati ini
Dari terbit sehingga terbenamnya mentari

Dunia sementara kan dihitung juga
Sebelum terlambat tunaikan kewajipan kita
Tak guna airmata menitik bila tiba masa
Syurga atau neraka itulah jawapannya
Aku lelaki lengkap dengan anggota
Berfikir setiap masa fikir tentang keluarga
Lindungilah aku dari fitnah dan noda
Kau tempatku meminta
Kau beri ku bahagia


Chorus

Ku bersyukur kepadaMu
Hanya Dikau yang satu
Memberiku cahaya hidupku
Maha Esa
Gelap tanpa kasihMu
Perjalananku buntu
Ampuni segala dosa-dosaku

Ku hirup secukup udara
Hatiku buka termenung
Melihat jalan gelap lagi mendung
Kadangkala ku bertanya
Ke mana cahaya
Mana nak ku cari sedikit kudrat dan keramat
Yang penuh rahmat
Berjuta-juta kali dunia mempermainkanku
Hati menurut nafsu
Nafsu menipu aku
Tapi ku bersyukur pada yang maha Esa
Dapatlah pena menari meluah kata-kata

Ku meredhai apa yang telah terjadi
Tunjukkanlah jalan benar ampunilah dosaku

Ulang Chorus

Aku tafakur di hadapanMu
Berderai-derai airmataku gugur
Tidak tertanggung
Peperangan emosi ini takkan terhenti
Selagi dosa lama masih aku bebani
Moga aku disirami salju kasih Ilahi
Semoga malamku tak bertemankan mimpi ngeri
Berikanku secebis kekuatan kebahagiaan
Hati ini moga Engkau terangkan

Ulang Chorus

Oh Tuhan yang satu
Ku serahkan diriku
Hanya kepadaMu
Hanya mampu berserah kepadaMu


Ampuni segala dosa dosaku...

04 November 2011

Salam Aidiladha 1432 Hijrah..

Selamat pagi semua! Semoga ceria-ceria selalu di pagi nan sejuk nie... Hmm, korang tak balik kampung ke?? ke da ada kat kampung?? or setia berkhidmat untuk negara?? kehkehkeh..

Memandangkan lusa dah kita nak sambut raya haji atau nama lainnya, hari raya aidiladha dan aku pun akan bertolak pulang ke tanah tumpahnya airmataku, Kelantan Darul Naim pagi-pagi esok lagi, so, aku nak mengambil kesempatan ni untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada seluruh muslimin muslimat tidak kira di mana jua anda berada especially yang sedang membaca entry nie.. 

Marilah kita sama-sama menghayati erti pengorbanan yang sebenar-benarnya lebih-lebih lagi semasa melakukan or melihat ibadah korban dilaksanakan.. Dan renungkanlah sejenak hadis (terjemahan) ini “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan redha akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

p/s : Errrr, tak paham kenapa orang cakap, raya haji kat Kelantan lebih meriah berbanding negeri-negeri lain?? Why ye?? Rasa, macam biasa jeeee.. Sebab memang da terbiasa dengan suasana sambutan macam tu.. Tak boleh nak beza & tak tau nak cakap meriah ke tak.. Tapi, aku rasa sama je mana-mana pun.. Dan tak kisahlah kita sambut kat mana pun, yang penting penghayatan & keikhlasan kita terhadap tuntutan agama tu sendiri yang lebih utama.. kan.. kan.. kan.. hehe..    

02 November 2011

Salam November

Selamat Pagi! Lama tak update, alih-alih dah masuk bulan November yea.. Hmmm...

Pagi-pagi nie rasa macam nak makan benda-benda ni la.. sobs3

 Nasi Berlauk

 Cek Mek Molek

 Pulut Ikan Masin

 Nasi himpit

 Kuih Bom

 Pulut Kuning

 Lompat Tikam

Cekodok pisang

p/s : Laporrrrrrrrr..... nak balik kampung.. sob3

Related Posts with Thumbnails