29 September 2011
Salam Rindu..
19 September 2011
Perjuangan Yang Belum Selesai!
16 September 2011
Errrr..
Aku tak tau kenapa & sejak bila aku begini??? Sebenarnya aku baru menyedari hal ini.. Dan, ia membuatkan aku berbangga dengan diri aku..
Err, aku malu nak bagitahu korang tapi aku bagitahu jugak la yea.. Sebenarnya, selain daripada sifat lemah-lembut, sopan-santun dan berbudi bahasa yang ada dalam diri aku nie - sesape yang dah rasa loya atau tak sedap perut, sila pegi jauh-jauh sekarang.. Rupanya tanpa aku sedari, ada terselit sifat “PATRIOTIK” la dalam diri aku nie.. Macam tak percaya je :)
Yea, betul nie - aku tak paksa korang percaya oke! Owh, nak bukti yea... Buktinya mudah saja.. Situasinya berlaku bila mana “deria dengar” aku ni terdengar lagu-lagu patriotik.. tak kira la dari radio ke tv ke internet ke, asalkan ianya lagu patriotik, secara otomatiknya la mulut aku nie dengan tak semena-mena n lajunya menyebut lirik-lirik lagu tersebut satu persatu dengan melodi yang betul dan terus bernyanyi riang tanpa salah lirik satu pun walaupun tak tengok lirik langsung - fuhh berjaya menulis dengan satu nafas.. :)
Betul.. Tu la buktinya.. Walaupun lagu tu da lama tak dengar, tapi bila je ia berkumandang, aku dapat menyanyikan dengan baik.. Erkk, maksud aku menyanyi dengan lirik yang betul laaa bukan pitching bagai.. Terkadang, aku pun pelik.. macam mana aku boleh mengingatinya yea?? Dan aku terpikir, mungkin inilah yang dikatakan sifat patriotisme.. hahaha - tak lawak pun!
Ok! Fullstop! Sekarang, jom dengar lagu patriotik di bawah.. Ntah kenapa, dalam banyak-banyak lagu bergenre patriotik, lagu ni jugak yang aku suka dengar...Layannnn!!!!
11 September 2011
Najwa Latif :)
05 September 2011
I'm back!
Mesti ramai yang dah start memulakan tugas hari ni kan?? Terujakah anda??? atau masih lemau2 badan n sakit2 pinggang?? Maklumlah, bulan raya.. rumah terbuka di mana-mana.. So, apa lagi, makan..makan n terus makan.. Tak cukup dengan makan juadah raya, terpaksa pulak makan jem takde roti di tengah jalan.. tak ke merana badan kan.. Apapun sabo je la yea.. Nak wat camne.. Keje tetap keje.. Jalan hak semua.. hihi..
Dan aku percaya, ramai lagi yang masih bercuti.. Bersenang-lenang di kampung halaman.. Waduh, jeles gue! Dan kebanyakan ofis pun masih lengang.. Dan itu sudah terbukti apabila ku lihat orang-orang yang turun di bus stop berkurangan.. Tak seperti selalu.. Meriah dengan orang!
Itu mereka.. Dan aku yang dah mula keje ni haruslah melaksanakan tanggungjawab dengan sewajarnya yea.. Begitu jugak dengan korang.. Selamat bekerja kembali aku ucapkan.. Laksanakanlah tugas dengan amanah dan penuh rasa tanggungjawab.. Mudah-mudahan rezeki yang kita terima selama ini diberkati oleh-Nya.. Insyaallah..
p/s : Selamat berpuasa bagi mereka-mereka yang dah start puasa enam..