26 August 2011

Salam Aidilfitri

Selamat petang semua! buat apa tu?? Mesti sibuk packing barang nak bawak balik kampung kan.. taw2.. Ha, packing elok2 yea, kan tertinggal kan naya pulak nak kena patah balik.. Apapun, berhati-hatilah di jalan raya.. Utamakan keselamatan.. Pandu cermat jiwa selamat.. Anda mampu mengubahnya.. Dan ingatlah orang tersayang! haha.. banyak tagline kan.. So, patuhilah yea..

Hmm, memandangkan raya da nak dekat, tinggal beberapa ari saja lagi n warga2 kota pun da semakin nak beransur pulang ke desa halaman, termasuk aku jugak yang Insyaallah akan bertolak ke Kelantan malam ni, so, aku mengambil kesempatan ni, dengan setulus rasa.. semurni jiwa & berbesar hatinya mengucapkan..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN BUAT SELURUH UMAT ISLAM TIDAK KIRA DI MANA JUA ANDA BERADA TERUTAMANYA PENGUNJUNG2 BLOGKU YANG DIKASIHI SEKALIAN.. SEMOGA JALINAN UKHUWAH KITA DI ALAM MAYA INI SENTIASA BERPANJANGAN & SEMOGA SAMBUTAN HARI RAYA KALI INI MEMBERI 1001 MAKNA DALAM KEHIDUPAN KITA SEMUA.. INSYAALLAH..


Errr, nak letak pantun sikit bole..

Salam dihulur maaf dipinta..
Setulus luhur kemaafan ku damba..

Salam bersambut maaf diberi..
Selamat menyambut Aidilfitri..

Keh3.. boleh la kan... PEACE!!

p/s : Doakan semoga perjalananku malam nanti berjalan lancar & selamat sampai ke destinasi.. Aminnnn...

24 August 2011

Ceritera raya..

Selamat pagi! Alhamdulillah, di pagi 24 Ramadhan ni kita masih lagi dipinjamkan "nyawa" untuk terus menjalani rutin seharian kita sebagai hambaNya di dunia yang fana ni.. Semoga kita terus diberi kekuatan untuk melaksanakan tanggungjawab kita sebaik-baiknya..

Hmm.. ada yang dah MENGHITUNG hari ke?? Kalau tanya aku, memang hari-hari aku hitung hari.. Yea la, kalendar dok dpn mata je.. hehe.. Mungkin ramai yang da x sabar nak balik kampung kan..?? Paham2.. Aku pun SAMA sebenarnya.. Bukan excited nak raya sangat pun, cuma excited nak balik kampung je.. Berkumpul ramai2 sanak saudara.. Jumpa member2 lama.. Syok woooo..


Tapi memang laa.. raya ni bukan apa pun.. budak2 suka la coz dapat duit raya.. kita yang da besor panjang ni, apa la sangat..hehe.. Cuma tu la.. KEMERIAHAN suasana hari raya tu penting.. Dengan baju barunye, juadahnye, rumah terbukanya.. Maklumlah, ni kan hari kemenangan kita, so haruslah DIRAIKAN, yea dak??


Kalau pasal juadah raya ni, rumah aku tiap-tiap tahun MESTI ada NASI DAGANG punye.. hihi.. Suka sgt makan nasi dagang pagi2 raya.. Ketupat daun palas & lemang tu jgn cakap la, tu memang juadah WAJIB tu..


Eh, cakap pasal raya ni, korang balik kampung bila??? kat mana??? Aku macam biasa laa.. balik ke kampungku tercinta kat MACHANG, KELANTAN DARUL NAIM.. Tempat tumpahnya airmataku..keh3.. Tapi, lambat lagi la.. 27hb baru bertolak balik.. Memang sure la time tu, JEM giler2 la jalan.. Hmm, bersedia la yea.. Kalau boleh, bawak ROTI banyak2.. PEACE!


Pada yang nak pulang ke kampung tu, berhati-hatilah di jalan raya yea.. Ingat, anda mampu mengubahnya! dan ingatlah orang tersayang yang menanti anda di tangga umah tu.. Semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju.. Insyaallah

p/s : Raya taun ni amik cuti 2 hari dah cukup seminggu.. Memang untung sangat2 la.. hihi.. Emm, sapo2 hok nok kelik KELATE tu, kelik cepat2 laaa.. wi can ko ambo hok nok kelik 27hb nie.. baru CLEAR sikit jale.. keh3.. Rayo nanti mai la jale rumoh yea.. ^_^

22 August 2011

Salam 22 Ramadhan!

Masa begitu pantas berlalu.. Sama ada kita sedar atau tidak, Ramadhan yang dilalui kini semakin hampir MENINGGALKAN kita.. Ramadhan semakin ingin MELABUHKAN tirainya.. Ramadhan kini tinggal BERSISA!

Ayuh kawan! Jangan tinggalkan sisa-sisa ini begitu saja.. Kutiplah ia SEBAIK-BAIKNYA selagi KESEMPATAN itu ada untuk kita!

PELUKlah Ramadhan ini SEERAT-ERATNYA buat kali terakhir.. GENGGAMLAH keberkatannya.. BELAILAH maghfirahnya.. KUCUPLAH kenikmatannya dan SAMBUTLAH ganjarannya..

Namun, andai suatu ketika kita harus meninggalkannya jua maka LERAIKANLAH ia dengan rasa KEHIBAAN.. TANGISILAH pemergiannya dengan tangisan penuh KESEDIHAN DAN KEPILUAN.. BERDOALAH kita sentiasa agar pemergiannya bukanlah selama-lamanya.. Semoga suatu hari nanti, ia KEMBALI lagi menghulur salam membawa limpahan KEBERKATAN DAN KENIKMATAN.. Jua mengheret kita dalam PELUKAN yang penuh dgn CINTA TUHAN.. Dalam kehidupan kita pada masa yang akan datang... Mudah-mudahan...

SALAM 22 RAMADHAN! ^_^


13 August 2011

Oh Tuhan...

Ramadhan semakin hampir ke pertengahannya.. Dari hari ke hari, ia berlalu pergi.. Membahagiakan mereka yang meraikannya setulus hati.. Meninggalkan mereka yang memandangnya sepi...

Dan aku masih di sini.. Merenung jauh ke dasar hati.. Memuhasabah diri yang sering lalai ini.. Apakah Ramadhan yang sedang ku lalui ini telah benar-benar ku sempurnakan??? Apakah Ramadhan ini lebih baik daripada sebelum ini??? Apakah aku bersedia andai ditakdirkan Ramadhan ini yang terakhir kalinya bagi diriku???

Hanya diri ini bisa menjawabnya.. Oh Tuhan...


Allah Maha Besar sebesar-besarnya..
Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya..
Dan maha suci Allah siang dan malam..
Ku hadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi..
Aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah..
Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku, ku serahkan hanya pada Allah Tuhan seru sekelian alam..
Sekali-kali tidaklah aku menyekutukanNya.. Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim (Islam)...

09 August 2011

Alhamdulillah.. :)

Alhamdulillah... Di pagi Ramadhan yg ke-9 ni, kita masih lagi diberi peluang untuk melihat dunia.. Semoga perjalanan hidup kita hari ini diberkati olehNya.. Insyaallah..

Ehem2.. Tetiba je rasa nak senyum LEBAR pagi nie..hehe.. SENYUM jgn tak SENYUM... Maybe korang pun tengah tersenyum2 jgk nie..elelele.. Maklumlah, rata-rata orang aku tengok pagi ni bermuka manis je... Dari semalam lagi kot.. Hmm, terserlah cahaya kegembiraan di wajah..keh3..

Bukan apa, sebab berita ni la...

Bonus raya kakitangan awam

* Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran
minimum RM500 kepada 1.27 juta penjawat awam Persekutuan bulan ini.

* Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada 590,000 pesara kerajaan.

* Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.

Alhamdulillah.. Syukur atas nikmat rezeki ini.. Semoga pekerjaan dan usaha kita semua diberkati.. Berkhidmatlah untuk negara dgn seikhlas hati.. Mudah-mudahan, semakin bertambah-tambah la rezeki kita selepas ni yea.. aminnnn :)

p/s : Tak sangka da besor panjang pun dpt duit raya lagi..keh3.. PEACE!!!


01 August 2011

Gema Mubarak

Gema Mubarak menghulur salam 
Mengetuk pintu hati yang gersang 
Meniup khabar berita gembira 
Taman rohani kembali terang

Gerbang syurga terbuka 
Untuk menyambut insan bertakwa 
Hujan rahmat menyimbah 
Buat membasuh segala dosa 

Bulan Ramadhan bulan mulia 
Anugerah Allah penuh barakah 
Mukminin mukminat sujud bersyukur 
Atas kurniaan bulan maghfirah 

Dengan lapar dahaga terdidik nafsu terkawal lidah 
Di malam nan indah 
Dihias zikir serta selawat 

Rumah-rumah ibadah disirami haruman syurgawi 
Kembali riuh laman kesufian 

Bulan Ramadhan bulan mulia 
Anugerah Allah penuh barakah 
Mukminin Mukminat sujud bersyukur 
Atas kurniaan bulan maghfirah 

Dengan lapar dahaga terdidik nafsu terkawal lidah 
Di malam nan indah 
Dihias zikir serta selawat 

Pengabdian penuh seluruh 
Mujahadah dengan bersungguh 
Kemenangan pasti tiada bertangguh 

Ketabahan menghimpun doa 
Kesyukuran menyimpul makna 
Kejayaan tetap akan terlaksana

Beduk dipalu sahut bersahut
Diiring syahdu suara takbir
Detik termahal menahan sabar 
Tibalah waktu merayakannya

Betapa suruhan mengungkap hikmah dek pengorbanan
Kita sesama insan sama derita sama bahagia.. 

Related Posts with Thumbnails