11 April 2011

Kursus lagi.. YEAY!!


He3.. Hepi bebenor gamaknya.. Mentang2 la dpt kursus jauh dari opis kan.. Bkn apa, time nie je la nak merilexkan jiwa & fikiran.. Maklumlah, selama ni asyik terperap dlm opis je.. Balik2 ngadap kerja yg menimbun, balik2 ngadap bos, balik2 ngadap PC.. Sesekali ngadap pakwe-pakwe ensem pun OK gak.. Opsss~~ hahaha..

Insyaallah, stat lusa, aku akan meluncur jauh nun ke negeri JOHOR DARUL TAKZIM selama 2 minggu lebih.. Agak lama la jgk.. Hmm, bagi aku ok je, lagi lama lagi bagus, yea dak?? Nampak bebenor malas nak masuk opis.. ishk3..

Apapun, doakan p'jalanan aku pegi & balik selamat yea.. n mudah-mudahan kursus aku b'jalan dgn lancar.. Kursus bkn sebarang kursus nie.. Siap ada assignment n exam ag.. Ish, x bole hepi sgt la.. Terpaksa tarik balik perasaan hepi tadi...

So korang, paham2 la kalau dlm jangka masa tu, aku menyepikan diri yea.. x kira la dlm dunia blog ke, fb ke, msg sekalipun, keh3.. Ada masa aku online jgk, don't wori be hepi.. Sehingga ketemu lagi ya.. PEACE!!

07 April 2011

Penangan Hantu Kak Limah

Kak Limah mesti suke teman buat entry nie kan, keh3.. Maklumle, Kak Limah kan femes.. Ari-ari ade org sebut nama die.. Apatah lagi sejak Usop Wilcha glamor di pentas ABPBH tempoh hari.. Nama Kak Limah pun sedikit-sebanyak org sebut juge.. Mesti bangga Kak Limah kan.. Tumpang glemer la Kak Limah sbb Usop yea.. Bagus bebenor si Usop nie..

Tu baru citer pasal Usop kat ABP, x citer pasal Kak Limah & kawan2 kat fb lagi.. Uish, meriah bebenor.. Kalau bisa aku cerita'in, pasti kalian tidak akan percaya punye la.. haha

Teman idok le nak citer panjang2.. teman pun naik malas juge.. kome layan je la yea.. Motif nye teman nak bagitaw, Kak Limah punye pasal, macam2 page da muncul kat fb.. Ni baru sebahagian, byk lagi sebenarnya.. Kome carik la sendiri.. Ni je yg termampu teman kongsikan kat kome.. yea..


















06 April 2011

Usop Wilcha owh Usop Wilcha

Jom baca berita pasal USOP WILCHA jap.. Maklumlah femes bebenor mike 2, 3 menjak ni yea.. Asyik nama mike je jadi sebutan..


Dengan hanya duduk di atas kerusi roda sambil melambaikan tangan seperti sedang menari, populariti SHY8 meledak dan dia kini dikenali sebagai USOP WILCHA.

PEMILIK nama Syed Mohamad Asri atau nama komersialnya Shy8 tidak pernah menjangka bahawa dia akan mengecapi populariti pada usia 46 tahun. Dia juga tidak menyangka setiap langkahnya kini menjadi perhatian. Malah, tidak ada satu hari yang dilaluinya berlalu tanpa fotonya diambil bersama peminat sejak pecinta filem tempatan mula terpikat dengan watak Usop Wilcha lakonannya dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah.

"Saya agak terkejut pada mulanya apabila saya keluar beli barang dapur di pasar raya ada mata-mata memerhati, senyum dan kemudian minta untuk bergambar dengan saya. "Peminat juga memanggil saya dengan nama Usop Wilcha bukannya Shy8. Saya juga sudah terbiasa dengan panggilan Usop. Memang Usop lebih popular daripada Shy8. "Reaksi yang saya terima itu tandanya peminat menghargai lakonan saya dalam filem itu dan saya berterima kasih atas sokongan mereka," katanya memulakan bicara.

Populariti yang diraihnya itu menandakan peminat filem Malaysia kini lebih menilai bakat dan impak lakonan. "Saya muda lagi (ketawa). Saya ingatkan saya tidak dilihat, maklumlah saya jadi pelakon bila usia cecah angka 30-an. Sebenarnya faktor usia itu jangan dikira, populariti serta perhatian akan datang, jika lakonan yang diberi menyentuh hati penonton," jawabnya. Sambung bapa kepada Syed Caliph Umar, 8 bulan dan suami kepada Noorafiza Abdul Aziz, 28, dia juga tidak menyangka filem Hantu Kak Limah Balik Rumah yang sepatutnya menjadi filem terakhirnya merupakan permulaannya untuk kembali ke gelanggang seni.

"Kalau ikutkan saya tidak mahu berlakon lagi kerana mempunyai komitmen kerja tetap sejak empat tahun lalu. Tetapi disebabkan watak Usop ini merupakan kesinambungan daripada filem Zombi Kampung Pisang, saya berlakon juga. "Bila lihat sambutan dan sokongan peminat, saya terpaksa tarik balik keputusan untuk berhenti berlakon tetapi saya buat secara sambilan sahaja," katanya yang memegang jawatan sebagai Pengurus Komunikasi Korporat syarikat Tanjung Offshore Berhad.

Tambah Shy8, dia juga bertuah kerana bakatnya dilihat oleh teman lamanya iaitu pengarah Mamat Khalid. Malah dia juga mempunyai majikan yang memahami kerja seninya dan memberi kelonggaran untuknya berada di lokasi penggambaran setiap hujung minggu. "Saya berterima kasih kepada pengarah Mamat Khalid yang bijak mewarnakan watak saya dan memahami komitmen kerja saya. 

"Saya hanya boleh menjalani penggambaran setiap hujung minggu sahaja dan setakat ini saya selesa bekerja dengannya. "Bukan tidak mahu kerja dengan pengarah lain tetapi saya bimbang kerana jadual saya akan mengganggu perjalanan penggambaran, jika mereka boleh terima syarat itu, boleh sahaja saya berlakon," tuturnya.

Terbaru, Shy8 baru sahaja selesai menjalani penggambaran sekuel filem Hantu Kak Limah Balik Rumah yang berjudul Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit."Saya harap peminat filem tempatan akan terus menyokong industri perfileman tempatan dan juga menyokong filem terbaru Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit. "Bagaimana jalan cerita filem itu, peminat kena nantikan sendiri. Ia masih ada sentuhan filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, cuma kali ini subjeknya berubah," ucapnya.

Sumber : Kosmo Online

05 April 2011

Mengapa harus malu..

Mengapa harus malu
Meluahkan sesuatu yang nyata
Sedangkan ia bukanlah satu kesalahan
Apa lagi kesilapan 
Yang harus engkau kesalkan..

Mengapa harus malu
Mengungkapkannya secara "real"
Sedangkan kau tahu
Apa yang kau ungkapkan itu
Adalah tulus dari hatimu..

Mengapa harus malu
Menyatakan perasaan hatimu
Meski sedih mahupun bahagia
Ditemani ketawa atau air mata
Luahkanlah agar mereka tahu
Ungkapkanlah tanpa ragu-ragu
Nyatakanlah sejujur hatimu..

Dan sekali lagi aku bertanya
Mengapa harus malu
Menzahirkan rasa itu
Sedangkan ianya hakmu
Dan ianya milikmu
Harus kau akui itu!

Related Posts with Thumbnails