20 October 2011

Program Menu Rakyat 1Malaysia

Assalamualaikum dan selamat pagi semua! Sedang bekerja ke?? Alhamdulillah.. Semoga dimurahkan rezeki yea..

Hmm, sebenarnya aku baru je taw pasal program Menu Rakyat 1Malaysia nie..  hehe.. Tau ni pun sebab rajin baca paper 2,3  menjak nie.. Padahal dah dilancarkan pada bulan Julai lagi.. Tak mengikuti perkembangan betul kan..

Program Menu Rakyat 1Malaysia ni seperti kita tahulah, satu program yang dirangka Kerajaan khusus untuk menawarkan harga yang berpatutan bagi menu sarapan pagi dan makan tengahari yang dijual oleh pengusaha kedai-kedai makan atau restoran-restoran yang mengambil bahagian.. Dan setakat ini, seramai 1004 premis menjual makanan mengambil bahagian.. Hmm, mendapat sambutan hangat nampak gayanya.... 


Apapun, aku secara personalnya amat tertarik dengan pendekatan program ni iaitu untuk membantu meringankan beban perbelanjaan harian rakyat.. Yea la, kalau hari-hari belanja banyak, macam mana tak kering.. Especially golongan-golongan pekerja ni la.. Mesti selalu breakfast & lunch kat luar kan.. Atau paling tak pun, kat kafe ofis.. Sekarang kafe-kafe pun dah mahal jual nasi yea dak?? Ambik la lauk apa pun.. Kalau tak RM5, RM 5 keatas.. Macam tu la hari-hari.. Sabo je laaa..

So, sebagai rakyat, aku sangatlah berharap agar program ni berjalan dengan lancar dan mencapai tujuan pelaksanaannya yea.. Insyaallah, kalau berkesempatan, nak serbu jugak kedai-kedai makan yang menyertai program nie.. Kalau korang nak usha gerai-gerai mana yang bertuah tu, bolehlah klik DI SINI yea.. peace :)

4 comments:

Anonymous said...

betul2 murah ke nie??
boleh caya ke??hehe

Misz Nuriz said...

anon,
thanks singgah sini..
hmm xtaw la tu..
kena try g la kot..hihi

Selipar Putus said...

wah! kalau jadik ni memang best tahap cipan.. huhu.

Misz Nuriz said...

selipar putus,
amboihh..hihi

Related Posts with Thumbnails