12 September 2011

Story pasal dia..

Da lama rasanya aku tak melakukan sesuatu yang aku minat... susah betul la kalau org ada hobi bermusim ni.. dulu suka main twitter.. download citer... n sekarang, suka baca blog seseorang la pulakkk!! Blog sapa yang menjadi perhatian aku tu??? Haaa.. meh nak citer..

Al-kisahnya camni.. Aku teringat kat sorang pelakon nie.. ntah la korang kenal ke tak.. beliau tak femes pun.. tapi yang pasti, beliau pernah membintangi satu siri citer yang aku suka tengok laaa.. Citer yang santai dan menghiburkan.. Yang viewers nye aku percaya, kebanyakannya adalah di kalangan budak2 remaja..

Hmm, disebabkan keinginan nak tahu pasal pelakon yang sorang nie.. aku pun search la nama watak beliau kat google.. nak search real name aku tak ingat masa tu..hehe.. Nak dijadikan citer, search punye search aku jumpa la nama beliau kat blog HANIS ZALIKHA si blogger femes tu.. Setelah diselidik, rupanya pelakon ni juga ada blog.. n blog dia pernah jadi list blog terbest si Hanis Zalikha tu.. Hmm.. menarik!! Aku pun apa lagi, terjah la blog dia..

Mula-mula masuk blog dia, aku da tertarik dengan kata-kata yang terpapar di headernya yang berbunyi “JIKA KAMU MAHU BELAJAR TENTANG THEOREM PITAGORAS, KAMU BERADA DI BLOG YANG SALAH” haha.. Sedikit humor di situ.. So, sapa-sapa yang rasa dia silap parking, boleh keluar terus yea.. hihi.. Blog dia simple je.. sesimple simple blog.. takde langsung widget menghiasi.. hatta widget follower sekalipun.. tapi, tu tak kesah laa.. bukannye penting pun semua tu.. tapi yang aku kisahnya, pengomen2 entry dia.. ada satu entry dia ni, just letak tajuk je.. takde huraian apa2 pun tapi 139 orang komen.. hebat tak??? haaaaaaaaaaa... kalau blog macam aku ni, jgn harap la.. usahkan nak letak tajuk saja, letak isi pun belum tentu org nak komen.. So, korang boleh bayang sendiri la macam mana tahap kesukaan & kefanatikan reader2 blog dia terhadap entry-entry dia.. Entry yang pendek dan simple pun nak sampai beratus pengomen.. Tak ke pelik??? So, aku wat kesimpulan, pasti content dia menarik..

Dan sekarang aku enjoy membaca entry-entry dia termasuklah yang lama-lama.. Akan ku cuba habiskan sedaya yang boleh.. Mungkin dia sedikit bizi kot.. Sebab blog pun dah jarang update.. Hmm, tak kesah la.. Pendapat aku?? Emmm, tulisan yang sangat santai, bersahaja dan agak kelakar.. Memang taste aku laaa... Suka baca blog-blog macam ni.. Sambil-sambil membaca, aku terbayangkan wajah dia yang masih samar-samar dalam ingatanku.. Sambil-sambil teringat lakonan beliau.. & watak yang beliau pegang sebagai “NIK” dalam siri SUNSILK IMPIAN ILYANA.. Erk!! Tetiba rasa cam nak tengok siri ni balik! Boleh teka sapa yang aku maksudkan??? Sila refresh balik memori anda jika pernah menonton siri tersebut... PEACE!


Cer teka, mana satu "dia" yang aku maksudkan dalam pic nie :)

p/s : Rupa-rupanya, si pelakon or tuan punya blog ni anak kartunis terkenal negara, Dato’ Lat & jugak anak sedara kepada Pengarah Mamat Khalid.. Hmm, baru ku taw....


6 comments:

~Nanie@InTaN~ said...

haahla blog dia simple tp ramai yg komen..very good blogger.. :)

Misz Nuriz said...

Nanie@intan,
a'a.. simple sgt2..
maybe sbb kejujuran dia dlm menulis entry kot..
tu yg ramai suka baca tu..

BlogS of Hariyanto said...

nice post :)

Misz Nuriz said...

BlogS of Hariyanto,
thanks singgah sini..

Anak Wak Mail said...

haha,,dah pergi blog tu..memang simple je dan kelakar! rasa nak datang lagi!

Misz Nuriz said...

Anak Wak Mail,
kannn???
tu laa..dia da lama x update..
rindu nak baca entry latest..

Related Posts with Thumbnails