05 August 2011

Jangan TERLALU Mengharap...

Selamat pagi dunia dan selamat menjalani ibadah puasa untuk hari yg ke-5.. Semoga kita masih diberi peluang & kekuatan untuk menjalani hari-hari yg mendatang di bulan Ramadhan yg mulia ini... Hmm, belek-belek paper jap, terbaca la berita nie..

CUEPACS minta bonus dua bulan tahun ini

KUALA LUMPUR 4 Ogos - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) hari ini meminta kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus dua bulan kepada semua kakitangan awam sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, pihaknya berharap kerajaan dapat mempertimbangkan permohonan itu dengan segera bagi mengurangkan beban kakitangan awam.

"Tahun ini, kita tidak mahu kerajaan memberi bantuan khas seperti dua tahun lalu tetapi kita minta kerajaan beri bonus dua bulan kepada kakitangan awam.

"Memandangkan keadaan ekonomi negara semakin baik dan inflasi juga dapat dikawal, maka inilah masa yang sesuai untuk kerajaan mempertimbangkan permohonan ini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berharap kerajaan dapat memberikan bonus kepada semua kakitangan awam masing-masing sebulan, sebelum dan selepas Hari Raya Aidilfitri.

Sementara itu, Omar berkata, pihaknya menolak cadangan kerajaan untuk memansuhkan skim pencen sedia ada dan digantikan dengan skim pencen bercarum melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

"Cuepacs tetap mahu semua kakitangan awam menerima pencen selepas bersara kelak melainkan terdapat skim yang lebih baik daripada skim sedia ada," katanya.


Hmm, NO KOMEN! Mungkin ada antara korang ni da jemu dgn benda ni kan.. Setiap tahun berita yg sama je.. Tp, x de hasil apa-apa pun.. So,aku pun tak nak cakap apa, just nak pesan kat rakan-rakan penjawat awamku sekalian nie, "Jangan TERLALU mengharap dan jangan BERHENTI mengharap yea kawan2.. kih3


p/s : Kalau ada rezeki, Insyaallah takkan ke mana.. kan??? Diorang pun da usaha tu.. So, doa2kanlah.. :)

10 comments:

ku-cit said...

dia mintak je kan...dptnya blm tentukan...eheheh

Misz Nuriz said...

ku-cit,
A'a..sekurang2nya dia da mintak.. ada usaha la kan..dpt x dpt, kita tunggu je la yea..:)

Shamsuddin Amin said...

tu la pasal...
bersyukurlah dgn ape yg ade... ^^

Misz Nuriz said...

Shamsuddin Amin,
A'a..
Bersyukurlah sentiasa yea..:)

Anak Wak Mail said...

kalau dapat jangan lupa belanja saya eh!hihi..:P

ILA HonEyBuNNy said...

ila lagi la xberharap....

sebab xkerja lagi...tapi berharap untuk mama n abah je la..hehe

salam jumaat...;p

Misz Nuriz said...

Anak Wak Mail,
keh3.. bole2..belanja mkn ketupat n lemang kat umah yea.. :)

Ila,
hehe.. ok la tu..
Kalau diorang dpt, ila pun dpt la jgk sisa2 yea.. hihi
salam jumaat..

shahniz said...

klo dpt alhamdulillah.. klo tak dpt..tak rugi apa pon kan.. ;)

Belleza~ said...

gambar tu comel
su copy! hiihi

Misz Nuriz said...

Cik Sue,
copy je.. tu pun copy kat google jgk..keh3

Related Posts with Thumbnails